
Penyerang skuad kebangsaan Australia, Tete Yengi, berkongsi detik istimewa yang mengubah hidupnya apabila beliau mendedahkan bahawa dirinya memeluk Islam selepas satu kunjungan ringkas ke sebuah masjid.
Menurut Yengi, pada asalnya beliau hanya mahu melihat sendiri bagaimana umat Islam menunaikan solat. Tanpa terdetik pun di hatinya untuk memeluk agama Islam pada ketika itu.
Namun hidayah sampai kepadanya sekelip mata. Dan lebih menarik pada hari beliau tiba di masjid tersebut, kebetulan pendakwah terkenal Mufti Menk ada di situ.
Kisah tersebut diceritakan Yengi dalam satu temu bual bersama OnePath Network, di mana beliau menjelaskan bahawa beliau tidak pernah merancang untuk memeluk Islam pada hari itu.
Bertemu Mufti Menk Secara Tidak Disangka
Selepas solat Jumaat, Yengi berpeluang bertemu pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Mufti Menk.
“Saya hanya pergi ke masjid untuk melihat bagaimana orang Islam bersolat… tetapi akhirnya saya mengucapkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
