Site icon Kool FM

Pemain Divisyen 4 Indonesia Digantung Seumur Hidup Kerana Bentesan Ganas Menyebabkan Lawan Masuk Hospital

Indonesia


Pemain kelab Putra Jaya Pasuruan, Hilmi Gimnastiar dikenakan penggatungan seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh Persatua Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Ini selepas dia melakukan aksi seperti kungfu itu menyebabkan pemain lawan terbaring dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Muhammad Hilmi Gimnastiar menendang pemain lawan ketika perlawanan Liga 4 Kapal Api Piala Gabenor Jawa Timur 2025–2026 antara Putra Jaya Pasuruan menentang Perseta 1970 Tulungagung.

Jawatankuasa Disiplin PSSI Jawa Timur menganggap bentesan itu adalah tidak ada semangat kesukanan dan memudaratkan nyawa lawan dengan bentesan ganas.

Menurut laporan, Hilmi sempat memberitahu pengadil bahawa dia memenangi bola.

Namun jelas sekali perbuatannya itu tidak dapat diterima pengadil dan menimbulkan suasana tegang antara pemain kedua dua pasukan.

Akibat insiden tersebut, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian dada dan dinilai berpotensi memberi kesan jangka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version