Site icon Kool FM

Pemain England Bawa Balik Kucing Dari Qatar Untuk Dibela

Kucing England


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Walaupun skuad England tidak berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia  namun dua pemain pertahanan, Kyle Walker dan John Stones tetap membawa pulang seekor kucing jalanan yang sentiasa menemani pasukan itu di Qatar.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu tewas 1-2 kepada juara bertahan, Perancis di peringkat suku akhir sekaligus meranapkan impian mereka untuk julang Piala Dunia tahun ini.

Walker dan Stones amat menyukai kucing tersebut dan diberi nama Dave. Bagaimanapun, kucing itu perlu mengharungi ujian darah dan divaksinkan dahulu sebaik sahaja tiba di London.

Dave bakal menjalani tempoh kuarantin selama 4 bulan sebelum dibenarkan tinggal bersama dua pemain Manchester City itu.

Kucing tersebut turut kelihatan di kem latihan skuad England dan kini menjadi kesayangan pemain.

“Hari pertama kami tiba di sana, Dave muncul. Setiap malam dia duduk di sana menunggu makanannya,” kata Stones.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version