Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Pemain Industri Bakal Terkesan, Harga Barang Dijangka Naik Tahun Hadapan’ – Pakar Ekonomi

today21 October 2024

Background
'Pemain Industri Bakal Terkesan, Harga Barang Dijangka Naik Tahun Hadapan' – Pakar Ekonomi


Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Belanjawan 2025 dengan memperkenalkan pelbagai insentif bagi meringankan beban, serta mengukuhkan ekonomi negara.

Bagaimanapun pengumuman itu didakwa memberikan kesan terhadap pemain industri sehingga menyebabkan harga barang dijangka naik pada tahun hadapan, petik Sinar Harian.

Baca Juga:

Perkara itu dikongsikan oleh Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

Antara sebabnya, peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan.

Menurutnya, peniaga juga dijangka mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang susulan peningkatan gaji penjawat awam serta penyasaran subsidi petrol RON95.

“Lazimnya peniaga memang sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan harga dan wujud peluang itu kerana mulai 1 Disember ini gaji penjawat awam meningkat sebelum kenaikan gaji minimum…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Barcelona mengganas

Barcelona: Robert Lewandowski dan Pablo Torre masing-masing menjaringkan dua gol ketika Barcelona membelasah Sevilla 5-1, awal pagi tadi untuk kekal tiga mata di depan Real Madrid selaku pendahulu Liga Liga.

today21 October 2024