Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemain Kedah Berisiko Dihukum Kerana Kritik Pengadil

today22 July 2024

Background
Kedah


Tonggak serangan Kedah Darul Aman (KDA FC), Sony Norde berisiko berdepan hukuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengkritik pengadil selepas aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), jumaat lepas.

Perkembangan itu didedahkan oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah menurut laporan Berita Harian semalam.

Baca Juga:

Beliau menjelaskan mengkritik pengadil secara terbuka sememangnya satu kesalahan di bawah kod disiplin FAM sekali gus pemain itu perlu bersedia untuk menanggung akibat atas tindakannya itu.

“Ada kemungkinan paling tinggi untuk hukuman dikenakan adalah penggantungan beberapa perlawanan tetapi itu terserah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM. Memang ada diperuntukkan hukuman kerana mengkritik pengadil adalah satu kesalahan berat.

“Jadi pemain itu perlu bersedia dengan penggantungan ataupun denda yang akan diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Al-Ittihad pancing Diaby

London: Seorang lagi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka melengkapkan perpindahan sensasi ke Arab Saudi hanya setahun selepas menolak tawaran beraksi di negara itu.

today22 July 2024