Site icon Kool FM

Pemain Palestin Maut, Rumah Terkena Serangan Udara IDF

pemain palestin


Pemain Palestin, Muhannad Al Laili maut kerana terkena serangan udara Tel Aviv.

Menurut Maktoob Media, pemain Palestin tersebut bermain untuk Nadi Khadamat al-Maghazhi FC, telah mengalami pelbagai kecederaan ketika askar IDF mengebom kawasan rumah keluarganya di kem pelarian Maghazi, di tengah Gaza.

Wartawan Leyla Hamid melaporkan bahawa, Al Laili menjadi individu yang ke-149 maut kerana serangan Tel Aviv.

Rakan sepasukannya, Mohammad Al Sharif menulis: “Setiap hari kita ucapkan selamat tinggal kepada atlet kita. Mungkin kita menjadi sasaran seterusnya.

“Rakan sepasukan kami, Muhannad Al Laili, pemain untuk Al Maghazi, mengalami beberapa kecederaan selepas serangan udara Isr*el di kawasan rumah keluarganya di kem pelarian Al Maghazi di Gaza.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version