Pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Do Duy Manh melancarkan perang saraf menjelang aksi bertemu Indonesia dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 22 dan 26 Mac ini.
Menurut Duy Manh, beliau berasa pelik dengan mengatakan lawan yang bakal dihadapi benar-benar skuad kebangsaan Indonesia atau pasukan Belanda memandangkan pasukan itu diperkuatkan oleh ramai pemain naturalisasi yang dilahirkan di Belanda.
Baca Juga:
“Menurut makluman yang kami terima, Indonesia diperkuatkan oleh 11 pemain naturalisasi yang beraksi di luar negara dan mempunyai kualiti tersendiri. Sebelum itu, mereka menjadi pasukan yang sukar untuk dihadapi.
“Pemain Indonesia bermain dengan ganas dan agresif. Kini mereka diperkuatkan oleh pemain naturalisasi, kami berkata kepada sesama sendiri adakah kita akan menghadapi pasukan Belanda atau Indonesia. Akan tetapi, Vietnam juga diperkuatkan oleh pemain yang berkualiti. Jadi kami tidak takut berdepan pasukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: