Kool FM

Pemaju Jaya Depan bukan sekadar bina bangunan


JERANTUT – Pembinaan Jaya Depan Sdn. Bhd. (Jaya Depan) bukan seperti pemaju yang lain sekadar membina bangunan untuk dijual semata-mata tetapi sebaliknya syarikat sentiasa berinisiatif melangkah ke hadapan untuk memastikan pembangunan ekosistem perniagaannya pesat membangun.

Sejak beroperasi pada 2010, Jaya Depan telah berjaya membina lebih 1,000 buah rumah dan premis termasuk pusat komersial pertama di Lipis yang sekali gus menjadi pencetus kepada pembangunan bangunan komersial yang lengkap.

Pengarah dan Pengasas Jaya Depan, Jason Tee berkata, dengan pengalaman sebagai kontraktor binaan yang sentiasa mementingkan kualiti, pihaknya merintis pembinaan pusat ko­mersial pertama di Lipis iaitu Pusat Perniagaan Barry yang siap pada 2023.

Menurut beliau, bermula di situ, Jaya Depan terus aktif ­menyusun strategi terlibat dalam pelbagai projek hartanah seperti pembinaan pusat komersial Je­rantut Square yang akan menjadi hab bagi perniagaan, gaya hidup dan pusat komuniti.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: