Site icon Kool FM

Pemandu 16 Tahun Terbabas, 5 Maut


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah menyatakan empat daripada mangsa kemalangan yang berumur antara 16 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), petik Harian Metro.

Baca Juga:

“Kemalangan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku apabila sebuah kereta dari arah Jalan Lapangan Terbang menghala ke Jalan Seria Raja hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudian merempuh dua motosikal dan dua kereta di laluan bertentangan itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau lagi remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta Proton Saga yang merempuh empat kenderaan lain itu kini masih menerima rawatan di HUS kerana mengalami kecederaan di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version