
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat menyatakan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian perselisihan faham antara dua pemandu itu kelmarin.
Pemandu kereta mewah model Ferrari berusia 33 tahun itu sudah menyerahkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi membantu siasatan, petik Harian Metro.
Baca Juga:
“Siasatan awal mendapati seorang lelaki (suspek) memandu secara gopoh dengan mengekori mangsa, memberhentikan kenderaan secara mengejut serta menghalang laluan, yang berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
“Kejadian berlaku pada 27 Disember lalu dan dirakam melalui rakaman kamera papan pemuka (mangsa),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rakaman percakapan suspek diambil bagi membantu siasatan dan diberi jaminan polis sementara siasatan diteruskan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan (memandu secara gopoh) dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan (halangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
