Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada bulan Mac lalu, tular satu rakaman video sekumpulan kereta mewah berhenti seperti membuat ‘roadblock‘ di tengah-tengah lebuh raya. Menurut salah seorang pemilik kereta mewah yang berada di tempat kejadian, mereka berbuat sedemikian mendakwa kerana mahu menghalang seorang pemandu wanita dipercayai mabuk.
Dua individu yang terlibat dalam insiden itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Pemandu Ford Ranger iaitu seorang wanita berusia 28 tahun dijatuhkan hukuman denda RM2,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan dan akan dikenakan penjara sebulan jika gagal bayar denda itu
Manakala, seorang pengawal peribadi berusia 44 tahun iaitu penumpang dalam kereta mewah Lamborghini turut didenda RM2,000 kerana menampar muka pemandu wanita berkenaan serta berdepan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu, lapor Utusan Malaysia.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: