Pemandu Honda Jazz yang merempuh 2 remaja sehingga maut disahkan tiada lesen memandu.
Sebelum ini tular video menunjukkan sebuah kereta dipandu laju gagal untuk berhenti di lampu isyarat merah telah merempuh 2 remaja yang lain yang menunggang motosikal.
Netizen mengecam tindakan pemandu Honda Jazz tersebut yang dianggap sebagi membahayakan pengguna jalan raya lain serta meragut nyawa orang lain.
Pemandu Honda Jazz ‘langgar’ lampu merah
Kejadian berlaku pada Khamis lalu. Dua mangsa yang dilanggar ialah Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16. Kedua duanya maut di tempat kejadian.
Penumpang Honda Jazz serta 2 orang penunggang motosikal Honda Vario disahkan cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Dua Remaja Maut, Tiga Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Persimpangan Lampu Isyarat
SEREMBAN, 7 Mac 2025 – Dua remaja maut manakala tiga individu cedera parah selepas sebuah kereta merempuh dua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
