Site icon Kool FM

Pemandu Mabuk Dan Positif Dadah Direman 4 Hari Kerana Akibatkan Kematian Penunggang Motosikal

mabuk


Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk serta di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal telah direman selama empat hari.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas suspek yang berusia lingkungan 20-an dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini, menurut sumber BERNAMA.

Reman berkenaan adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi di Jalan Raya Barat.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek memandu secara berbahaya dengan memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

Akibat pelanggaran itu, mangsa lelaki berusia 30-an tercampak dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut turut tular di media…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version