Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebelum ini tular satu rakaman video yang memaparkan sebuah Honda CR-V enggan memberi laluan kepada ambulans hingga memaksa kenderaan berkenaan ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri. Kejadian itu berlaku di Kilometer 292, Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam.
Menurut Utusan Online, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pemandu dan pemilik SUV itu telah diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar hari ini untuk siasatan lanjut setelah kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.
Katanya, hasil siasatan mendapati, pemandu kenderaan berusia 62 tahun itu mengalami masalah pendengaran ‘Tinnitus-Acoustic Neuroma’ sejak tiga tahun lalu.
“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit berkenaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).
“Siasatan lanjut kes berkenaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: