Menjadi satu amalan biasa buat warga tempatan memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis, bomba dan seumpamanya.
Namun, masih wujud segelintir individu yang berdegil apabila sanggup tidak memberikan kerjasama bahkan menghalang laluan ambulans.
Perkara sama turut berlaku kepada sebuah kenderaan ambulans yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital di Pulau Pinang.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menuju ke Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Hazwan Rosly di Facebook, kedengaran ambulans berkenaan telah membunyikan siren sebagai tanda untuk meminta pengguna jalan raya memberikan laluan.
Meskipun telah membunyikan siren namun sebuah kenderaan Myvi berwarna coklat cair yang berada di lorong memotong langsung tidak mengendahkannya.
Sebaliknya kenderaan yang sering digelar ‘king’ di jalanan itu hanya kekal di lorong sama meskipun ambulans berada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: