Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pemandu Treler Positif Dadah Punca Kemalangan Runtuh Jambatan SUKE

today4 March 2021

Background

Semalam tular di media sosial apabila satu kemalangan menggerikan berlaku jam 6.15 petang di jambatan lebuh raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (Suke).

Kejadian tersebut didapati kerana sebuah treler merempuh perancah besi lebuh raya sehingga jambatan runtuh dan mengakibatkan dua maut dan tiga lagi cedera.

Kejadian itu menyebabkan lima mangsa yang menaiki sebuah van pekerja terperangkap dalam runtuhan selama kira-kira tiga jam.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis | Astro Awani

Dalam pada itu, pihak Prolintas Sdn Bhd yang merupakan pemaju Suke Expressway mengeluarkan kenyataan media menerusi akaun rasmi selepas berlaku kejadian tersebut.

Bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan, pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan di Lebuhraya SUKE didapati positif dadah.

Suspek berusia 40 tahun didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing IPD Dang Wangi-Ketua JSPT KL. Berikut adalah keadaan mangsa kemalangan…

Image

Kami doakan mangsa masih terselamat dapat dipulihkan dan mangsa yang meninggal ditempat kejadian, semoga rohnya dicucuri rahmat. Berhati-hatilah memandu.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Remaja Lelaki 13 Tahun Ditahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Datuk Dan Nenek Mabuk Cekik Cucu Sebelum Panggang Dalam Ketuhar!

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Musang King untuk bos | Harian Metro

Sepang: Hasrat seorang lelaki membawa durian untuk dihadiahkan kepada majikannya di Indonesia musnah apabila ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa lalu. Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga warganegara Malaysia itu ditahan ketika pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Katanya,... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 March 2021