Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran terhadap penjaja jalanan yang membolehkan mereka didenda tidak melebihi RM2,000.00 jika disabitkan kesalahan, namun ada segelintir mereka yang masih meneruskan aktiviti perniagaan di kawasan persimpangan lampu isyarat seperti biasa.
Baru-baru ini tular satu video dashcam di mana seorang pemandu Proton Waja memberhentikan keretanya secara mengejut di tengah-tengah jalan raya kerana mahu membeli ‘buah jeruk’ yang dijual oleh penjaja jalanan di kawasan berhampiran.
Perbuatan kereta Waja yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan dua buah kereta dibelakangnya telah mengalami kemalangan ketika ‘menunggu’ pemandu Waja tersebut menyelesaikan urusan jual-beli bersama penjaja jalanan terbabit.
Lebih membuatkan orang ramai lagi tidak berpuas hati apabila pemandu Waja tersebut meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: