


Tular sebuah video memaparkan inisiatif sebuah masjid di Kelantan memasang skrin LED bersaiz besar di luar kawasan masjid hingga meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan; Video Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Tular, Anak-Anak Menangis Takut
Menerusi perkongsian di TikTok, individu meluahkan rasa syukur dengan usaha pihak masjid demi memastikan orang ramai turut mendengar tazkirah yang dibuat oleh pendakwah.
Terharu campur sebak mashaa-Allah.
Ini adalah Kelantan, in shaa Allah semoga kekal begini sampai bila-bila.
Difahamkan pemasangan LED itu dibuat menghadap laluan jalan raya dan menayangkan sesi tazkirah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Hamdan Ariffin.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian yang rata-ratanya turut gembira apabila perkara baik itu dikongsi ramai.




Sumber: TikTok
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: