Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pembayar Zakat Berpeluang Menang Hadiah Istimewa, Antaranya Pakej Umrah Di YEZ 2025

today2 December 2025

Background
Zakat


Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen Year End Zakat 2025 (YEZ 2025) sebagai usaha menyeru dan menggalakkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat selewat-lewatnya 31 Disember 2025.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar bertempat di Aeon Mall AU2, Setiawangsa sempena Karnival Usahawan Al-Falah MADANI, anjuran MAIWP.

Kempen tahunan yang berlangsung dari 1 November sehingga 31 Disember 2025 ini menawarkan pelbagai perkhidmatan, pengisian, aktiviti serta kemudahan bagi memudahkan orang ramai serta syarikat menunaikan rukun Islam ketiga ini melalui PPZ-MAIWP dengan lebih teratur, cepat dan selamat.

YEZ 2025 mengangkat tema “Akhirnya Sempurna” bagi menzahirkan ibadah zakat sebagai kesempurnaan dalam memenuhi tuntutan terhadap Allah S.W.T…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post