PETALING JAYA – Langkah Singapura yang menaikkan kadar cukai kepada warga asing untuk membeli hartanah kediaman di negara tersebut daripada 30 peratus kepada 60 peratus dijangka membuatkan mereka beralih kepada pasaran kediaman di Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurut firma teknologi hartanah, Juwai IQI, kebanyakan daripada pembeli asing ini akan melihat kepada hartanah berharga sekitar RM2 juta dan ke atas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kashif Ansari berkata, kedudukan Malaysia yang bersebelahan dengan Singapura, menjadikannya sebagai lokasi pertama yang dilihat pembeli sebagai pilihan utama.
“Malaysia menawarkan pelbagai pasaran hartanah bandar kepada pelabur yang mana, setiap satu daripadanya memiliki saiz yang setanding dengan keseluruhan pasaran hartanah di Singapura.
“Malaysia juga mengalu-alukan pelaburan hartanah asing, dengan program Malaysia Rumah Keduaku yang telah disemak semula direka secara eksplisit untuk pemohon yang lebih kaya,” katanya dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
