Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pembeli Perlu Tunjuk MyKad Bukti Kewarganegaraan Untuk Beli Beras Tempatan

today24 March 2025

Background


Walaupun beberapa pelanggan telah mengadu mengenai bukti untuk menunjukkan MyKad mereka, namun, Pooi berkata langkah itu akan diteruskan untuk memastikan subsidi sampai kepada penerima yang tepat.

Seorang lagi peniaga yang dikenali sebagai Yaw, 23 tahun pula berkata, dia mengambil pendekatan lebih sistematik dengan memaparkan dengan jelas notis mengenai had pembelian dua beg bagi setiap keluarga.

“Kami juga mempamerkan notis yang menyatakan pelanggan perlu menunjukkan MyKad sebelum boleh membeli beras tersebut,” katanya.

Tambah Yaw, langkah ini bukan sahaja memastikan beras subsidi dijual kepada mereka yang layak tetapi juga bagi mengelakkan salah faham.

Pada Februari lalu, Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan mengumumkan sebanyak 24 juta pek beras putih tempatan bersubsidi akan disediakan mulai 1 Mac dengan harga RM26 setiap 10kg.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 400,000 ketua isi rumah miskin, termasuk 77,000 yang akan menerima subsidi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post