PETALING JAYA – Jumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir, BSN MyRinggit-i Banjir ditingkatkan kepada sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, susulan kenyataan terkini kerajaan.
BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam satu kenyataan berkata, permohonan akan dibuka esok, 27 Disember 2021 dan mangsa banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my.
“Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.
“Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: