Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pembiayaan digital bantu PMKS terjejas banjir besar

today23 December 2021

Background


KUALA LUMPUR – SME Corp. Malaysia (SME Corp) melancarkan Program Pembiayaan Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melibatkan dana berjumlah RM10 juta yang disasarkan dapat membantu kumpulan tersebut yang terjejas akibat banjir besar di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy berkata, program rintis tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pengendali pembiayaan rakan setara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, iaitu microLEAP.

MicroLEAP dilantik untuk ­menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek menggunakan platform digital sepenuhnya.

Menurut Rizal, pembiayaan patuh syariah itu menyediakan dana antara RM50,000 hingga RM500,000 pada kadar faedah tetap dua peratus setahun sehingga tempoh tiga tahun bagi tujuan modal kerja dan aktiviti peningkatan keupayaan perniagaan.

“Bagi pinjaman bertujuan me­ningkatkan kapasiti perniagaan seperti melibatkan pembelian mesin dan permohonan pensijilan pula, SME Corp akan mempertimbangkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post