Site icon Kool FM

Pembinaan Stadium Baharu Manchester United Tergendala Kerana Harga Tanah Terlalu Mahal

Stadium manchester united


Pembinaan stadium baharu Manchester United kini berdepan halangan. Projek stadium baharu Manchester United yang digelar sebagai “Wembley of the North” kini berdepan kelewatan serius disebabkan pertikaian harga tanah.

Stadium yang dirancang untuk mempunyai kapasiti 100,000 tempat duduk ini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan semula Old Trafford yang bernilai £4.2 bilion.

Masalah utama timbul apabila tanah yang penting untuk projek ini yang merupakan kawasan terminal kargo yang dimiliki syarikat Freightliner, masih belum berjaya dibeli – berdasarkan laporan The Guardian.

Freightliner menuntut sekitar £400 juta, sedangkan Manchester United hanya menilai tanah tersebut sekitar £40 juta hingga £50 juta, menyebabkan rundingan buntu.

Akibatnya, pelan asal untuk memulakan pembinaan pada penghujung 2025 dan siap sebelum 2030 kini tergendala.

Projek mega ini dirancang memberi impak ekonomi besar, termasuk menjana £7.3 billion setahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version