Menara pencakar langit terbaharu di Malaysia, Menara Merdeka 118 dilaporkan bakal dilancarkan pada sekitar bulan Januari 2024 nanti, petik Berita Harian.
Memetik laporan, kumpulan pertama yang akan berpindah ke menara kedua tertinggi di dunia itu dijangka dalam tempoh terdekat selepas mendapat kelulusan akhir untuk menduduki bangunan pencakar langit berkenaan.
Artikel Berkaitan:
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn.
“Menara sudah siap. Insya-Allah kumpulan pertama akan berpindah masuk sebelum akhir tahun ini. Dek pemerhatian akan dibuka pada separuh kedua 2024.
Pembangunan Menara Merdeka 118 yang menelan kos belanja RM5 bilion itu mempunyai 3.1 juta kaki persegi ruang lantai dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, setinggi 500 meter.
Difahamkan kadar penghunian menara tersebut adalah memberangsangkan. Kemasukan penghuni adalah secara berperingkat dengan penyewa utamanya, Maybank…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
