Kool FM

Pemenang Olimpik AS Merungut Pingat Sudah ‘Usang’ Selepas Seminggu


Berdasarkan artikel sebelum ini, pingat gangsa yang ditawarkan oleh penganjur Olimpik pada kali ini hanya bernilai RM58 yang mana kualitinya menjadi pertikaian di internet selepas itu.

Nampaknya kebimbangan yang dilontarkan orang ramai telah terjawab apabila seorang pemenang Olimpik dari Amerika Syarikat telah berkongsi keadaan dan kualiti pingat gangsa yang diterima baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, Atlet skateboard Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mendedahkan pingat Olimpik yang dimenanginya sudah rosak hanya seminggu selepas bertanding di Paris 2024.

Sumber Gambar: IG

Huston, 29, meraih pingat gangsa di ibu negara Perancis itu, terpaksa akur kekalahan atas pemenang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan rakan senegara dari AS, Jagger Eaton pada final acara street lelaki.

Difahamkan beberapa hari selepas pulang ke Amerika, Huston menerusi Instagram peribadi untuk berkongsi pandangannya mengenai kualiti pingat yang diraihnya pada temasya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version