
Niat untuk menjaga kesihatan dengan berjoging di kawasan perumahan bertukar menjadi detik hitam bagi seorang lelaki apabila diserang dua ekor anjing milik jirannya.
Kejadian yang berlaku lima tahun lalu itu akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya selepas Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa pemilik haiwan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan parah yang dialami mangsa.
Detik Cemas Semasa Berjoging
Memetik Sinar Harian, dalam insiden pada 10 Februari 2021 di Taman Anjung Tiara, Segambut, Datuk Mohd Kamal Abdullah sedang berjoging sebelum didatangi dua ekor anjing baka German Shepherd milik jirannya, Datuk Seri Ong Thiam Boon.
Ketika berusaha melindungi diri daripada serangan haiwan itu, beliau terjatuh sehingga mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang belakang yang memerlukan pembedahan serta rawatan susulan.
Mohd Kamal mendakwa kejadian berpunca daripada kegagalan jiran beliau mengawal haiwan peliharaan serta membiarkan pintu pagar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
