PETALING JAYA – Pemilik hartanah perlu menyemak rekod latar belakang penyewanya bagi mengelakkan sebarang kegiatan jenayah termasuk aktiviti haram yang dilakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan masyarakat.
Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan HELP Universiti, Paneir Selvam berkata, pemilik juga harus memeriksa kelayakan ejen hartanah yang mengendalikan transaksi berkenaan dan kedua-dua pihak perlulah memeterai perjanjian penyewaan secara teratur sebelum menyewakan premis masing-masing.
“Pemilik bangunan juga hendaklah melakukan pemeriksaan wajar terhadap bentuk dan tujuan perniagaan penyewa serta memastikan pengenalan teratur penyewa rumah sebelum memeterai perjanjian sewa,’’katanya dalam kenyataan.
Paneir menerangkan, perjanjian sewa lazimnya ditadbir urus menerusi perundangan kontrak, dan jika terdapat kegiatan jenayah dilakukan di hartanah tersebut, penyewa boleh didakwa sebagai melanggar kontrak.

Terdapat banyak contoh di mana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: