Kool FM

Pemilik Kedai Dipuji, Selalu Sedekah Sate Buat ‘Rider’ Kunyah-Kunyah Atas Motosikal


Tidak loket berkongsi rezeki, sebuah kedai sate menjadi bualan para rider kerana pemiliknya sering memberikan sate untuk dijadikan kudapan semasa menghantar pesanan.

Menerusi perkongsian sebuah Facebook Group, kedai sate terletak di Taman Sri Andalas Klang, Klang itu akan bekalkan tiga batang kepada para rider.

Baca Juga:

Pemilik Kedai Dipuji, Selalu Sedekah Sate Buat 'Rider' Kunyah-Kunyah Atas Motosikal
Sumber Gambar: Facebook Satay Sri Damak

“Kalau rider ambil order kedai sate ini, mesti pemiliknya bagi 3 batang sate. Buat kunyah-kunyah atas motor katanya. Semoga pemilik sate ini dipermudahkan dimurahkan rezeki dunia akhirat. Sedap sate itu,” kata seorang rider.

Perkongsian itu turut diakui oleh beberapa rider lain yang pernah mengambil makanan di kedai tersebut.

Ada yang kata sejak tahun 2019 lagi kedai itu memberi bekal sate kepada rider untuk dijadikan kudapan.

Sumber Gambar: Facebook ShopeeFood RIDER Official (MY)

Warganet menyatakan kedai-kedai seperti inilah yang patut diberikan sokongan orang ramai.

Berikutan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version