Site icon Kool FM

Pemilik Kenderaan Persendirian Tidak Lagi Perlu Bawa Lesen Memandu Fizikal Dan Tampal ‘Roadtax’


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kini semua kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor atau lebih kenali sebagai cukai jalan/roadtax, berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Artikel Berkaitan:

Memetik Free Malaysia Today, Loke berkata dalam satu sidang media hari ini, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kementerian pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.

Beliau berkata Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.

Sumber Gambar: Careta.my

“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.

Pada fasa pertama, kategori kenderaan tertentu masih perlu mempamerkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version