Site icon Kool FM

Pemilik perniagaan bakal berdepan cabaran getir tahun depan


PETALING JAYA – Pemilik perniagaan bakal berdepan dengan cabaran yang lebih besar pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut Pengasas Richworks International Sdn Bhd. (Richworks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Mentor usahawan berjaya itu  berkata, ia umpama letusan gunung berapi berbanding pasir jerlus yang berlaku tahun ini.

 “Tanpa persediaan dan tindakan yang tepat, perniagaan mungkin sukar bertahan atau bahkan gagal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azizan berkata, inisiatif Richworks pada tahun depan adalah usahawan berdepan dengan cabaran yang semakin getir.

Sehubungan itu, pihaknya merancang untuk meneruskan jelajah Bina SME di lebih banyak lokasi seluruh Malaysia. 

“Kami akan melancarkan Bina SME 2025, kesinambungan program lalu untuk usahawan terpilih yang akan bermula awal tahun depan.

“Terdapat kebanyakan pemilik bisnes menghadapi cabaran dengan jualan yang tidak meningkat atau menurun. Oleh itu, dengan persediaan yang betul,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version