Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemilik Setuju Lupus Dua Rottweiler

today3 April 2025

Background


Pemilik dua anjing jenis Rottweiler yang menyerang dan menggigit lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, setuju melupuskan haiwan peliharaannya dengan kaedah ditidurkan.

Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya, berkata persetujuan itu dicapai susulan pertemuan antara pemilik anjing dengan pihak berkuasa berkaitan, semalam.

“Kedua-dua anjing itu diserahkan kepada Pejabat Veterinar Baling untuk dilupuskan secara ditidurkan mengikut prosedur,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Selain itu, katanya, Majlis Daerah Baling telah mengeluarkan dua kompaun kepada pemilik anjing berkenaan atas kesalahan membela anjing tanpa lesen.

Semalam, Berita Harian melaporkan lima cedera selepas digigit dua anjing berkenaan yang terlepas daripada sangkar di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. – BERNAMA




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post

Sukan

Barcelona berdepan Real di final Copa del Rey

Madrid: Barcelona akan membuat perhitungan dengan saingan mereka, Real Madrid, di final Copa del Rey selepas Ferran Torres memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid awal pagi tadi untuk melangkah ke final dengan agregat 5-4.

today3 April 2025