Kool FM

Peminat Man City Kutuk Chelsea Yang Didakwa 74 Pertuduhan Salah Laku, Desak Trofi UCL 2021 Dilucutkan


Peminat Manchester City marah dan mendesak agar Chelsea dihukum dengan seberat beratnya termasuk melucutkan kejuaraan UCL yang mereka menangi pada 2021 dan memberikannya kepada Man City.

Ini selepas Chelsea dikenakan 74 pertuduhan salah laku kewangan oleh FA Inggeris.

chelsea
Foto: Official FA

Chelsea didakwa melanggar beberapa peraturan penting berkaitan dengan ejen, pelaburan pihak ketiga dan urusan perpindahan pemain.

Pertuduhan ini merangkumi pelbagai transaksi dan urusan yang berlaku daripada tahun 2009 sehingga 2022, dengan kebanyakannya berlaku sekitar musim 2010/11 hingga 2015/16.

Chelsea kini diberi masa sehingga 19 September 2025 untuk memberikan jawapan rasmi terhadap pertuduhan ini.

Kemudiannya, FA akan menilai bukti dan hujah yang dibawa sebelum menentukan sama ada kelab tersebut benar-benar bersalah.

Jika didapati bersalah, FA boleh mengenakan denda besar, sekatan dalam urusan perpindahan, atau tindakan disiplin lain yang memberi kesan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version