Peminat berpendapat Karim Benzema telah menyindir kembali Cristiano Ronaldo selepas dia memilih Kylian Mbappe daripadanya.
Benzema dan Ronaldo menandatangani kontrak dengan Real Madrid pada musim panas yang sama pada 2009 dan pasangan itu memenangi empat Liga Juara-Juara dan dua gelaran La Liga.
Bersama Gareth Bale, mereka membentuk salah satu trisula yang paling dahsyat dalam bola sepak dunia yang digelar BBC.
Benzema sering bermain sebagai ‘side kick’ kepada Ronaldo, mengambil peranan tanpa mementingkan diri untuk membolehkan CR7 menyerlah.
Dia merupakan pemain paling banyak memberikan assist kepada CR7. Dan Benzema seringkali dianggap tidak cukup bagus ketika era CR7 di kelab itu. Kerana peminat menilai jumlah golnya.
Namun sebenarnya pemain itu lebih mementingkan usaha untuk membantu Ronaldo mendapatkan gol.
Apabila Ronaldo pergi ke Juventus pada 2018, pemain Perancis itu kelihatan semakin meningkat dan jumlah jaringannya bertambah baik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
