Bank Muamalat mengalakkan para pekerjanya memakai jersi Harimau Malaya ke pejabat pada hari Isnin ini sebagai tanda sokongan padu terhadap skuad kebangsaan sempena saingan Piala Asia 2023.
Perkembangan itu didedahkan oleh laman facebook penyokong Terengganu apabila salah seorang pekerja bank tersebut menerima email rasmi daripada pihak pengurusan yang membenarkan semua warga Bank Muamalat memakai jersi keramat skuad kebangsaan.
Artikel Berkaitan:
“Sempena Piala Asia 2023, pihak pengurusan membuat keputusan membenarkan semua pekerja memakai jersi skuad kebangsaan (Harimau Malaya) ke pejabat pada hari Isnin, 15 Januari 2024,” tulis email tersebut.
Langkah itu mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan untuk memupuk semangat patriotik kerana sudah lama skuad negara tidak layak ke Piala Asia secara merit.
Malah, ada juga yang mencadangkan agar syarikat lain dan kerajaan negeri mencontohi usaha Bank Muamalat mengadakan kempen memakai jersi Harimau Malaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: