Kool FM

Peminat Terkejut, Band Tribute Linkin Park Pula ‘Claim’ Diri Mereka Sebagai Real Linkin Park


Peminat Linkin Park bengang dengan tindakan band yang selama ini menggelarkan diri mereka sebagai band penghargaan atau tribute kepada Linkin Park – Hybrid Theory, telah ‘claim’ diri mereka Real Linkin Park.

Claim diri Real Linkin Park

Kumpulan tersebut dengan selamba berkongsi hantaran di akaun media sosial rasmi mereka: “Hanya ada satu Real Linkin Park pada hari ini.”

Hybrid

Kenyataan itu dibuat selepas band tersebut merasakan bahawa mereka ‘lebih’ Linkin Park daripada Linkin Park sebenar yang kini vokalisnya adalah Emily Armstrong.

Band penghargaan Linkin Park yang digelar Hybrid Theory itu kerap dipuji peminat yang lebih sukakan vokal mereka berbanding Emily Armstrong. Walaupun Emily adalah pilihan Mike Shinoda sendiri untuk menjadi vokalis Linkin Park.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version