PETALING JAYA – Penglibatan pempengaruh media sosial tempatan dan antarabangsa khusunya dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) memberi pulangan ekonomi yang lumayan kepada industri terbabit.
Ini kerana kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menerusi
penganjuran All Star Influencers Fam Trip 2025, ia sudah menjana lebih 620 juta tontonan di pelbagai platform media sosial.
Sekali gus katanya, ia mengatasi pencapaian tahun lalu yang mencatatkan 518 juta tontonan sepanjang tahun.
“Angka tersebut jelas membuktikan kekuatan promosi digital dalam melonjakkan keterlihatan Malaysia di pentas antarabangsa. Malah, ia dijangka menyumbang pulangan ekonomi mencecah RM3.7 bilion kepada negara.
“Gabungan promosi digital dan kekayaan budaya menjadikan Malaysia destinasi yang lebih berdaya saing.
“Pembabitan pempengaruh terutama menerusi program seperti ASIA2025 akan menjadi pemacu penting untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: