Kool FM

Pempengaruh Tidak Setuju Agensi Kerajaan Guna Perkataan ‘Gratis’ Dalam Siaran Rasmi


Tindakan Jabatan Imigresen Malaysia menggunakan perkataan gratis menggantikan perkataan percuma dalam siaran rasmi jabatan kerajaan itu membuatkan netizen berbeza pendapat tentangnya.

Ada yang menyatakan bahawa, kenapa guna gratis yang menjadi bahasa seharian orang Indonesia merujuk kepada sesuatu yang diberikan tanpa bayaran.

Sedangkan Malaysia sudah ada perkataan percuma sebagai bahasa seharian.

Perkara ini juga membimbangkan segelintir netizen yang merasakan bahawa generasi pada hari ini semakin memperkasakan bahasa Indonesia berbanding Malaysia itu sendiri.

Misalnya, ramai menulis ‘karena’ berbanding ‘kerana’. Pengaruh media sosial, influencer dari seberang juga antara puncanya, menurut netizen.

Namun yang lebih membimbangkan apabila agensi kerajaan sendiri menggunakan ‘gratis’ berbanding ‘percuma’.

Pempengaruh Tidak Setuju Agensi Kerajaan Guna Perkataan 'Gratis' Dalam Siaran Rasmi

Namun ada yang mempertahankan tindakan Jabatan Imigresen tersebut dengan berhujah bahawa, perkataan gratis itu sendiri wujud…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version