Bermacam-macam hal yang didengari berkaitan Honda Day 2024 yang diadakan pada Sabtu lalu.
Selain hadiah utama yang menyedihkan, rupanya ada salah seorang peserta yang juga bergelar pempengaruh sukan automotif turut mengalami detik hitam apabila kereta Honda yang dipamerkan telah ‘dinodai’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Pempengaruh wanita yang giat aktif dalam sukan permotoran iaitu Sharina Richie telah berkongsi sebuah video yang mendedahkan kereta FK8 yang dibawa untuk pameran di mana angkup brek hampir dicuri pada hari kejadian.
“Kak Sha datang Honda Day dengan Fzy Garage bawa Honda FK8. Habis kitaorang punya Endless kaliper harga RM58,000.
“Diorang (merujuk kepada pencuri) cuba umpil, nak curi, nak rembat. Nasib baiklah pakai nat istimewa. Jadi diorang tak boleh buka rim. Tapi bawah kereta kena jek,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: