Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penampilan Semula Hairul Hazizi Bantu Johor Tigris Atasi Bomba Fighters

today17 October 2024

Background
Hairul Hazizi


Kehadiran semula Muhammad Hairul Hazizi Haidzir nyata membuahkan hasil selepas beliau beraksi cemerlang membantu Johor Tigris menewaskan Bomba Fighters pada aksi kumpulan C Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi GP Pulau Pinang.

Bekas pemain tekong skuad kebangsaan itu menjadi nadi kekuatan buat Johor Tigris untuk menang mudah 15-4, 15-6 sekali gus menghidupkan peluang ke suku akhir.

Baca Juga:

Hairul yang sebelum ini bersama ATM Guardians terpaksa berehat panjang ekoran masalah kecederaan dialaminya. Namun, meskipun begitu aksinya pada perlawanan ini jelas memukau dengan sembilan servis ‘winner’ dicipta.

Selain Hairul Hazizi, Johor Tigris membariskan Teerapat Deecharoen selaku apit kanan dan apit kiri berpengalaman, Farhan Adam.

Servis-servis menarik dijelmakan Hairul Hazizi (jersi 33) 

Manakala, Bomba Fighters yang menang pada aksi pembukaan menentang ATM Guardians mempertaruhkan Irsyad Faiz Aziz (tekong), Anda Madlee (apit kanan) dan Muhammad…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post