Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi bakal dinaik taraf bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai venue kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa pada masa depan.
Sebagai permulaan, mereka akan memberi tumpuan kepada pemasangan tempat duduk penonton dahulu dengan kos berjumlah RM1.2 juta yang bermula pada bulan Mac ini.
Pemasangan kerusi bernombor di stadium itu dianggarkan boleh memuatkan sehingga 45,000 penonton dalam satu-satu masa.
Bukan sahaja tempat duduk penonton, mereka juga akan menukar padang stadium tersebut kepada rumput jenis Zeon Zoysia selepas mendapat tawaran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Memetik laporan daripada Berita Harian, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Masri Razali memberi bayangan kerja penanaman rumput itu dijangka bermula tahun depan selepas pihaknya baik pulih sistem saliran di padang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
