Penang Black Panthers memulakan kempen Liga Premier Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 Grand Prix (GP) Selangor dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan Terengganu Turtles pada aksi yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam sebentar tadi.
Kemenangan penting dilakarkan itu turut menepis tanggapan ramai yang melihat Penang Black Panthers akan terganggu susulan pemergian duo pemain kebangsaan, Azlan Alias dan Zarif Merican Ibrahim Merican ke Kuala Lumpur Thunder.
Baca Juga:
Dibarisi Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri yang beraksi di posisi tekong, Komkrit Kaewkhamjan (apit kanan) dan Zaim Razali selaku apit kiri, Penang Black Panthers garang pada permulaan permainan apabila mendahului lawan dengan kedudukan 8-3.
Namun, kelebihan itu dipadamkan oleh Zulkifli Razak (tekong), Sutthikiart Panseankaew (apit kanan) dan Zulhusni Basri untuk mengikat kedudukan 8-8.
Aksi kejar-mengejar mata pada set pertama itu akhirnya menyebelahi Penang Black…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
