Site icon Kool FM

Penang FC Tamatkan Kontrak Hilal El-Helwe

Hilal El-Helwe


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelab Bola Sepak Penang (Penang FC) hari ini mengumumkan penamatan kontrak pemain import mereka dari Lubnan, Hilal El-Helwe selepas mencapai persetujuan bersama.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, khidmat pemain yang berusia 27 tahun itu tidak akan digunakan dalam saingan Piala Malaysia yang telah dijadualkan bermula minggu depan dan tempatnya akan diisi oleh pemain tempatan.

“Pemain import Penang FC dari Lubnan Hilal El-Helwe telah mencapai persetujuan dengan Kelab untuk menamatkan kontraknya atas dasar persetujuan bersama dan tidak akan bersama pasukan dalam saingan TM Piala Malaysia 2022 yang telah dijadualkan bermula minggu depan.

“Dengan rasa dukacita, Pengurusan mendoakan yang terbaik untuk kerjayanya di masa hadapan dan keberkatan buat keluarga,” tulis kenyataan rasmi.

Bagaimanapun, punca sebenar pemain itu dilepaskan tidak didedahkan namun ia mendapat reaksi yang positif dalam kalangan penyokong setia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version