Kumpulan heavy metal ikonik antarabangsa, Avenged Sevenfold, bakal menamatkan penantian panjang peminat di Malaysia dengan penganjuran konsert berskala besar selepas 11 tahun.
Sebagai sebahagian daripada siri Jelajah Asia 2026, acara yang dinanti-nantikan ini dijadualkan berlangsung pada 26 September 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena).
Kepulangan mereka ini pasti menjanjikan sebuah persembahan yang penuh bertenaga serta memukau peminat tegar muzik rock dan metal tanah air yang merindukan aksi mereka.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Avenged Sevenfold telah berjaya membentuk landskap muzik heavy metal moden dengan gaya penulisan lagu yang unik serta pengaruh antarabangsa yang luar biasa.
Para peminat, yang turut dikenali sebagai “Deathbats”, bakal dihidangkan dengan lontaran vokal padu, riff gitar yang tajam, serta rangkaian lagu hit seperti Nightmare, Hail to the…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: