Kool FM

Penantian 2 Tahun Berakhir, Ini Ucapan Penuh Emosi Lewis Hamilton Selepas Menjuarai GP Barcelona


Juara dunia Formula 1 tujuh kali, Sir Lewis Hamilton meraih kemenangan pertamanya bersama Ferrari dalam aksi penuh dramatik di Grand Prix Barcelona-Catalunya malam tadi.

Kemenangan penuh makna itu merupakan yang pertama buat Hamilton sejak Grand Prix Belgium 2024 ketika beliau masih berlumba bersama Mercedes-AMG Petronas Formula One Team.

Kejayaan itu turut memberikan lonjakan besar kepada peluang kejuaraannya serta lembaran baharu bersama Ferrari.

Sebelum kejayaan manis terbaharu dikecapi Lewis Hamilton, kemenangan Grand Prix terakhir bagi Ferrari adalah menerusi Carlos Sainz di Grand Prix Mexico City pada 27 Oktober 2024.

Penantian 2 Tahun Berakhir, Ini Ucapan Penuh Emosi Lewis Hamilton Selepas Menjuarai GP Barcelona
Kredit Foto: Manaure QUINTERO / AFP

Susulan itu, Lewis Hamilton menghantar mesej terima kasih yang panjang kepada pasukannya atas sokongan sepanjang 18 bulan sejak beliau menyertai pasukan itu.

“Grazie ragazzi (terima kasih semua)! Grazie a tutti (terima kasih semua orang)! Semua di Maranello, terima kasih banyak kerana…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version