Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya berjaya menamatkan penantian yang cukup panjang selama enam tahun untuk meraih kejuaraan sulung dalam kejohanan siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mengungguli Terbuka Denmark 2023, sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:
Lawan yang ditewaskan pada aksi final penuh bermakna buat mereka itu ialah Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia menerusi kemenangan ‘straight set’.
Enggan gagal buat kali ketujuh dalam pemburuan merebut kejuaraan, pasangan negara itu tampil dengan cukup baik terutamanya pada permulaan set pertama.
Ia jelas dibuktikan apabila mereka memimpin perlawanan dengan kelebihan lima mata untuk mendahului lawan di ranking ke-14 dunia itu dengan 11-6.
Kecemerlangan itu diteruskan selepas rehat ‘interval’ walaupun Shohibul-Maulana cuba untuk memberikan sedikit tekanan untuk menghadiahkan kemenangan set pertama buat Aaron-Wooi Yik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: