
Cristiano Ronaldo akhirnya menjulang trofi Liga Pro Saudi buat kali pertama bersama Al-Nassr selepas kelab itu menewaskan Damac 4-1 pada aksi terakhir musim.
Ronaldo menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut sekali gus membantu Al-Nassr menewaskan pencabar utama, Al-Hilal, untuk meraih kejuaraan liga pertama mereka sejak 2019.
π¨π¨| Cristiano Ronaldo and Al Nassr lift the Saudi Pro League trophy ππΈπ¦pic.twitter.com/ZGYBmKsbQm
β CentreGoals. (@centregoals) May 21, 2026
Kejayaan itu menamatkan penantian lebih tiga tahun Ronaldo sejak menyertai Al-Nassr pada Disember 2022 selepas meninggalkan Manchester United.
Ketika ketibaannya, perpindahan tersebut dianggap langkah besar Arab Saudi untuk menarik perhatian dunia dan mengangkat profil bola sepak negara itu ke pentas antarabangsa.
Sepanjang bersama Al-Nassr, Ronaldo telah menjaringkan 129 gol dalam semua pertandingan termasuk mencapai jaringan ke-100 dalam Liga Pro Saudi. Namun,β¦
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
