
Bandar Teluk Intan bakal diisytihar sebagai zon bebas banjir menjelang 2028 menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Intan Fasa Dua atau RTB Pintar Teluk Intan yang kini sedang rancak dibangunkan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata projek berimpak tinggi bernilai RM80.5 juta itu akan menamatkan penantian lebih setengah abad penduduk setempat dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 19 Mei 2028, petik Bernama.
“Dalam tempoh lebih kurang daripada 30 bulan, kita akan saksikan wajah baharu Teluk Intan yang mana apabila RTB ini siap, ia akan mempunyai laluan basikal, laluan joging dan juga dalam perancangan restoran terapung.
“Saya yakin apabila projek ini siap pada 2028, kita boleh isytiharkan bandar Teluk Intan zon bebas banjir,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Sesi Taklimat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Perak Fasa 1 dan RTB Teluk Intan Zon A Fasa 2 dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
