Ikhwan turut menyatakan penghargaannya kepada penyanyi lagu tersebut, Marsha kerana telah membawakan lagu itu dengan penuh penghayatan di pentas AJL39.
“Terima kasih Marsha kerana telah memberikan persembahan yang terbaik sehingga satu malaysia menangis bersama Hening Rindu malam ni,” tulisnya.
Tambahnya, dia turut bersyukur kerana berjaya bawa komposer bersama, Wan Saleh ke pentas AJL39 mendakap trofi Juara Lagu.
“My partner Wan Saleh, akhirnya tercapai cita-cita aku nak bawak kau bersama di pentas AJL,” ujarnya di Instagram.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: