Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pencuri 19 Helmet Shoei, Arai Bernilai RM63,200 Diburu Polis

today2 February 2024

Background
Polis Buru Pencuri 19 Helmet Shoei, Arai Bernilai RM63,200


Polis sedang giat mengesan pencuri 19 helmet jenama Arai dan Shoei bernilai kira-kira RM63,200 di sebuah kediaman di Taman Bukit Kuchai di sini pada 29 Januari lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pemiliknya yang juga lelaki tempatan berusia 30 tahun mendakwa telah keluar rumah pada jam 2 petang dalam keadaan pintu biliknya berkunci.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu mendapati pintu serta tingkap biliknya telah terbuka dan dapati 19 helmet yang diletakkan di dalam almari kaca dan kayu telah hilang.

Difahamkan suspek disyaki masuk ke bilik mangsa melalui pintu pagar hadapan rumah yang tidak berkunci. Kemudian suspek dipercayai masuk melalui tingkap belakang bilik mangsa yang terletak di tingkat atas.

A A Anbalagan berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat dan bilik mangsa berada di tingkat atas.

Tambah beliau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Ini bidang kita dan cara kita mencari rezeki – Kak KM

Kuala Lumpur: "Puasa, puasalah." Demikian kata usahawan dan penaja Konsert Rock Legend Berzaman, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli ketika ditanya mengenai tarikh konsert iaitu 3 Mac yang tidak jauh dengan tarikh permulaan Ramadan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today2 February 2024